Friday, July 26, 2013

Syukur.. Syukur.. Syukur..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam sejahtera..

Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Tu yang mampu aku ucap. Tu yang mampu terluah.. Hati ni lega tak terkira.. Semuanye sebab 1 perkara. FINAL YEAR PROJECT (FYP)! By da way, untuk pengetahuan semua.. Result untuk student UPM ni baru je keluar hari ni (26 Julai 2013) .. Tahniah buat mereka yang berjaya. Teruskan berusaha buat semua adik2ku. Itulah hasil penat lelah kita satu semester berperang dengan segalanya.. Buku, aktiviti kolej, aktiviti universiti dan aktiviti berjimba. Yang tak berjaya jangan kecewa. Usaha lagi tau..

Bagi aku sendiri... Aku lega. Teramat lega dengan result exam.. Yelah, tu yang akan menentukan aku boleh grad ke tak kan... Dan Insyallah kalau takde pape hal.. Grad lah bulan oktober nanti. Serius tak sabar!. Aku rasa, untuk semua budak2 yang bergelar student tak kiralah IPTA atau IPTS, FYP tu jadi titik tolak dan debaran samada Lulus atau tak. Hasil buatan sendiri dari research sampailah jadi hardcopy kan.. Sebab tu debarannya lebih.

Kisah aku buat FYP memang parah. Sengsara dan derita ni tuhan je yang tahu. Memang banyak jugak salah aku. Buat kerja last minit, tajuk baru, takda bahan, lupa itu, lupa ini.. Macam2 lah. Dah tak daya nak ingat dah. 2 sem buat fyp. Dr proposal sampailah jadi full thesis. Nak Pengsan rasa.. By the way.. Tajuk thesis aku "1Malaysia plans increase standard of living among malaysian".. Tajuk yg tak banyak sangat bahan kajian dan juga artikel n journal. Bak kata penyelaras, aku berani mati ambil tajuk ni sebab ini benda baru. Yelah.. Pemerintahan Dato' Seri Najib pun baru je kan.. Tapi dah supervisor (sv) aku pilih tajuk ni.. Aku pun redha dan cuba sedaya upaya la.. Lagi pun tajuk ni antara tajuk suggestion aku hantar kat sv aku. :)

Bermula dengan 3 chapter untuk proposal then sambung lagi sampai habis.. Air mata ni memang banyak yang tumpah. Sampai dah nak give up. Otak ni pikir bukan-bukan. Tapi semangat tu masih ada plus dorongan mereka yang digelar 'KELUARGA' yang banyak membantu aku untuk teruskan usaha ini.  Yang aku ingat paling teruk masa nak submit full thesis. Macam2 hal jadi. SPSS problem lah, questionnaire dah edit tapi yg dah edit tu missing lah, lewat nak pegi jilid, analysis tak menjadi, laptop buat hal.. dan ada lah lagi beberapa benda luaran dan dalaman lain yang interfere bila due date dah dekat. Allahuakbar..

Pernah satu hari tu aku dengan kawan2 keluar dalam pkul 6 pagi pegi minum sebab dorang nampak how stress I am that time. Aku follow, tapi otak aku n roh macam tengah mengadap laptop. Betapa tertekannye aku masa tu. Sehari lebih lagi masa yang tinggal.. Banyak benda tak siap lagi. Jiwa tak tenteram. Seharian aku tak tidur. Kebetulan malam tu ada event wiramasli, lepas habis event tu memang aku mengadap je laptop tu. Waktu keluar tu hati aku memang tak tenteram. Risau ditahap maksimum. Macam nak meletup jantung nih. Makan minum tidur bukan benda utama. Aku teringat seseorang. 6 pagi, aku call ibu aku. Just niat macam nak sembang. Tapi as a mom, she knows everything about her daughter rite? She ask me.. Why? Ape lagi.. Tanpa ditahan-tahan air mata ni terus keluar. Aku ingat masa tu aku menyorok belakang public phone depan Maulana sri Serdang tu. Hahahaha

Satu ayat ibu yang takkan aku lupa.. "along, ibu taknak dengar along nangis-nangis macam ni.. I know u can do it. I believe on u. I always pray for u. Just take a sleep for a while then bangun, mandi, solat.. Lepas tu start again. Ibu tau anak ibu macam mana.. Ok? Boleh buat?" aku nanges lagi, sampai tak boleh bercakap. Huhu. Then, aku tarik nafas dan cakap "okay ibu.. Thank u soooo much, doakan along okay?" . As my mom advice, after take a bath and sleep.. Aku bangun dengan semangat baru untuk siapkan. Yang pastinya, my sister siap cakap lagi.. "along, kalau laptop kau tak okay, kau amik je laptop aku". How thankful I am to have sibling like her kan? Hahaha..

Since laptop aku buat perangai, kawan.. Yes! Kawan-kawan disekeliling yang membantu. Aza bagi pinjam laptop dia. Aku install spss semua dalam laptop dia. Thank u my dear.. Dia yang bawak aku ke fakulti, jumpa sv dan yang setia menunggu aku. Jasa dia memang tak terbalas. Afif, kda, din n haikal.. Advisor terbaik yang aku ada. Memang terbaik.. Afif n kda pun antara yang teman aku sampailah thesis jadi satu buku. Pegi jilid pukul 8 malam, sanggup tak makan sebab nak teman. Tunggu sampai siap semua.Terharu ada sahabat dan adik-adik yang macam ni. Susah senang memang dorang yang tolong. Terima kasih sekali lagi..  :')

Kemudian, sesi pembentangan pun taklah okay mana sebab aku kene gak hentam ngan sv sendiri. Semua presenter lain pun pelik. Sebab sv dorang backup dorang. Tapi aku, sv aku pula yang banyak tanya soalan. Hahahaha. Tapi takpe lah. Positif je. Habis je submit and sesi pembentangan, Ada sedikit kelegaan kat situ.. dan lepas tgk status kat portal pun tulis 'bergraduat' lagilah lega. sebab sebelum ni pun ada masalah dengan bahagian akademik sebab subjek major. thank u Allah..

Apa-apa pun yang jadi sepanjang bergelar student tu sebenarnya sesuatu yang indah untuk dikenang. Alhamdulillah, result pun dah keluar dan keputusannya amat melegakan. Aku tahu itu yang aku dapat sebab usaha aku. Aku bersyukur sangat. Untuk yang akan buat fyp tu.. Gud luck okay. Semoga segalanya dipermudahkan.. Insyallah kalau takde aral melintang.. Oktober nanti jumpe lah di dewan besar ye. Heeee.. Sekarang ni pun aku sibuk mengadap laptop mencari kerja. Korang doakan lah rezeki aku murah ye. Biar Dapat kerja...

Lastly, thanks guys for reading this.. Ini yang dapat dikongsikan dan gambar pun ade sikit je sebab takda mood nak bergambar masa tu... Oklah, Jumpa lagi di next entry yeee..

Babaiiiiii... :))))

No comments: