Friday, November 1, 2013

Finally.. I'm done. Perjalanan baru bermula.

Assalamualaikummm.. Salam sejahtera..

Hai guys.. Lama tak post pape kan.. "ter" malas sikit. Haha. Just nak share dengan all the viewers yang aku dah grad! Alhamdulillah. Officially as graduan Bacelor Pentadbiran Perniagaan - Perniagaan Antarabangsa and alumni UPM.. Syukur, syukur, syukur..

Terima kasih buat ibu yang banyak memberi sokongan buat diri ini, dari kecil hinggalah dewasa. Tak terbalas segala jasamu oleh diriku. Thanks jugak sbb ibu datang konvo along

Terima kasih buat ayah n adik2 ku jua yg banyak membantu. Love uols!

Terima kasih buat rakan2 yang banyak membantu dari sem 1 sampailah sem 6.. Buat adik beradik UPM yang banyak support akak, thanks a lot. Taktau nak cakap camne. Tapi korang memang terbaikkkkk! Thanks jugak ramai2 datang konvo aritu. Terharunyeee lah. Serius guys, dorang datang ramai gila!

Thanks again ibu (maszuri chin), ayah (kamaruddin sulaiman), adik2.. Shamir, shafinaz, muzakir n kamelia..sahabat UPM yg hadir : Aza, Kda, Haikal, Shahril, Am, Yana, ariifuddin, lyena, afif, Nisa, Teha, kemal, fazwin, teya, sob, nuar, fatin, kimi, munir, cikin, akim, jiji, syaza.. Juga buat mira, bella, hani n ain yg bersama2..

Thanks buat yang tak hadir tp memberikan hadiah.. Thanks a lot syu, izati, safi, sella, mimi.. Dan terima kasih buat semua yg wish yerrr.

Buat sahabat yang bergraduat, tahniah!  Moga terus maju sahabat2ku..

Last but not least, doakan aku dapat kerja ye. Belum ada rezeki lagi nampaknya. ;-)

Lets share the moment of konvokesyen ke 37 Universiti Putra Malaysia.

Monday, August 5, 2013

Rainbow kek special ramadhan.. Heee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tup tap tup tap sekejap je ramadhan bakal meninggalkan kita.. Ramadhan ke 27. Alhamdulillah stakat ni masih penuh lagi berpuasa tu.. Hehehe.

Sebenarnya update kali nih more to nak berkongsi resipi kek rainbow pelangi yang aku buat untuk family iftar. Memandangkan ramai yang bertanya, soooo ni lah cara nak berkongsi. By the way, aku ni tak pandai nak tulis resipi sebab jarang berkongsi resipi kan.. Hope korang boleh paham lah okay..

Bahan-bahan untuk membuat kek pelangi ni senang je.

Adunan kek
1. Buttercup 250 gram /1 buku kecik tu...
2. Gula kastor 1 1/2 cawan
3. Telur 5 biji
4. Susu cair 1 1/2 cawan
5. Tepung naik sendiri 3 cawan
6. Esen vanilla 2 penutup botol.. / 2 sudu kecik
7. Pewarna pewarni.. Hahaha
8. Secubit garam..

Adunan topping / lapisan antara kek..
Aku guna whipping cream antara layer, n topping luar guna cream cheese untuk bagi kurang 'muak' dari guna cheese yang banyak. Tapi kalau nak gne semua cheese pun xde masalah..

Lapisan kek
1. Whipping cream 3 cawan
2. Gula aising 1/2 cawan
(pukul dalam kelajuan sederhana.. Jangan sampai cream tu 'pecah' dan berair. Bagi dia pekat n gebu okay!)

Topping luar
1. Cream cheese sepeket
2. Susu cair 1/2 cawan
3. Gula aising 1/2 cawan..
(pukul rata semua bahan hingga sebati)

Now, we proceed to the next steps...

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dalam 10 hingga 15 minit..
2. Ayakkan tepung dan garam and put aside first..
3. Pukul buttercup dengan gula kastor sampai betul-betul kembang.  Dah tukar ke warna cerah ke putih-putihan skit. Aku start dari slow untuk ratakan butter and gula lepas tu, terus max speed sampai kembang...
4. Dah kembang... Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata. Lepas tu, masukkan esen vanilla.. Kacau lagi.
5. Next, masukkan susu cair diselang-selikan dengan tepung yang dah diayak tadi sampai abih... Ratakan adunan...
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut warna pilihan korang. Aku buat 5 warna je. Lagi banyak lagi meriah..
7. Pastu masukkan adunan dapam loyang pembakar dan bakar dalam 15-20 minit ikut jenis oven korang. Kalau yg besar tu dia cepat lah. Bakar selapis demi selapis. .

Aku terlupa nak beli baking paper untuk lapiskan loyang tu supaya kek tak lekat kat loyang.. So, aku sapukan buttercup kat sekeliling loyang tu. Alhamdulillah tak melekat jugak..

Dah siap bakar tu pastikan korang tunggulah kek korang tu sejuk.. Baru lah boleh nak proceed to the next step. sepanjang buat kek ni, aku gunakan hand mixer je walaupun untuk menggaul.. dia cepat, dia mudah, dia senang, dia sedap.. haha.. dah macam iklan nasi himpit n ketupat dah haaa...

Kek pon dah sejuk, korang boleh lah start lekatkan lapisan demi lapisan dan buat finishing dengan whipping cream and cheese frosting tadi.. Ikut kreativiti korang ea...

Dah siap decorate? Bolehlah hidangkan kek korang ni okay.. Makan time berbuka, hi-tea and as dessert pun boleh, ikut suka korang.. Nak glamour untuk raya pun boleh.. Hehehe..

Selamat mencuba tau.. Pape tanye lah.. Aku tak pandai mana pun nak tulis resipi ni. Ni pun ikut citarasa aku je.. Kalau ada jumpa resipi lain, bolehlah korang upgrade yang mana patut ea.. Tapi seriusly, kek ni memang sedap, gebu and creamy! Haha berbanding kek yang pernah aku buat before.. Kek pelangi jugak tapi.. Tekstur dia tak cukup lembut. Alhamdulillah kek ini menjadi..

Lastly.. Selamat mencuba.. Dan.. Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf diatas salah silap dan kata-kata yang pernah dilakukan dan diungkapkan sama ada sedar atau tidak terutama sekali kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Harap korang dapat maafkan aku ye... Semoga hubungan kita terus erat selama-lamanya..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Maaf zahir dan batin!!

Jumpe lagi di entri yang akan datang.. Hati-hati bagi yang pulang ke kampung pada raya ini. Ingatlah orang yang tersayang.. Byeeeeee...

Mood : sedih kene raya kat KL lagi.. Doakan jodoh kita ngan orang ada kampung ea... *wish gedik* hahaha.