Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kembali..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera. Salam 1 ramadhan al-mubarak. Pejam celik sekejap je kita dah kembali kepada ramadhan. Setahun x terasa kerana kesibukan dan tiba2 kita menghampiri ramadhan.

Memang aku bersyukur kerana sekali lagi aku dipertemukan Bulan yang penuh barakah.

Upgrade iman. Tingkatkan pahala. Lipat gandakan ibadat. Insyallah ramadhan ini lebih bererti. Semoga Allah memberi rezeki kepadaku. Dapat kerja, selesaikan apa yang tidak diselesaikan lagi dan sebagainya.
Insyallah semoga pahala kita dilipat gandakan. Amin...

RAMADHAN
Hadir dengan barakah..
Hadir dengan kemanisan iman..
Hadir dengan jendela syurga terbuka..
Memberi ruang umatnya merebut pahala.

Langkah demi langkah..
Hari demi hari..
Meninggalkan diri dengan kealpaan..
Moga ramadhan hadir membawa kebangkitan..

Tingkatkan ibadah..
Tingkatkan cinta padaNya..
Peluang sama rata..
Buat insan yang sedar ianya telah tiba..
Merebut titik dan cebisan iman..
Yang dahulunya telah melayang..
Ditiup angin kehidupan..

Sinar menghampiri..
Ramadhan telah mengetuk pintu..
Memberi salam buat umat satu dunia..
Salam ramadhan al-mubarak.

Jumpa lagi di entri akan datang. Insyallah.. Bye2!

No comments: