Tuesday, July 9, 2013

3 TAHUN : IT'S tooooooo SHORT! Terima KASIH Sahabat

macam seronok.. macam tak.. hmmmmm

Btw, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. panjang kan.. salam sejahtera jugak. haha.. post selepas sekian lama x berguling diatas blog. lepas kita dah tengok ape yg jadi time 2012, kita kembali ke era sekarang. cheewahhh.. macam lama benau bunyinya kan..

just finished my study. 3 tahun di UPM mengajar macam-macam perkara yg diduga dan ada yang tidak. susah nak digambarkan perasaan bila dah habis ni. yang menggembirakan of course lah sbb habis belajar kan.. yang sedih sebab meninggalkan kawan-kawan. sama macam dulu mungkin. tapi makin lama, makin biasalah. mana taknye, kalau dah hari2 jumpa, susah senang kita kongsi sama-sama mestilah berat hati nak tinggalkan kawan2.. atau lebih tepat, adik2.

kawan kadang-kadang tu bersilih ganti.. biasalah manusia kan.. kalau nak hadap sorang je, memang susah. bestfriend pun kadang2 berpisah.. apa yang penting dekat dihati. jauh mana kita pergi, as long as kita ingat dia maknanya kita takkan dan taknak lupakan dia. itu prinsip aku. takda istilah lupa kawan ke apa. cuma kalau ada yang terasa macam tu, mintak maaf lah.. :)

kenangan manis kat UPM memang takkan dilupakan. dari sem 1 sampailah sem 6 memang ramai yang aku kenal, ramai 'kawan' yang datang dalam hidup ni.. of course menambahkan lagi corak warna yang dah sedia ada menconteng layar putih kehidupan aku. (bahasa melayu tinggi ke camne ni?) hahahaha..ada coursemate, Collegemate, MTM-mate.. semua tu menjadikan hidup kat UPM lebih indah.. 

Terima Kasih buat sahabat, teman, rakan, kawan yang memenuhi ruang kosong yang ada.. Terima Kasih Adik2.. Terima Kasih Haikal Shariff, Shahril Yusup, Afham Edross, Syuhada Azman, Masilla Sahat, Nabilah Nani, Hazzarita Sharif, Rinna Syazana, Syazatul Asma Azman, Khalida Dali, Ariifuddin Abdullah, Afif Fuad, Hafiz Rashid, Joespenzal Mek, Aisyah Idris, Izzati Hamid, Hajar Don, Husna, Ain Khalid, Shikin Rahimi, Rabiatul Adawiyah, Safinah Azni, Ummu Syafiqah, Norsyahirah Azman, Suhana Patrie, Akmal Razak, Hakim Mohamed, MTM sesi 2011/2012, MTM sesi 2012/2013, MTM sesi 2013/2014, PEKASA 2012/2013, BBA batch 2010, SKOR team sesi 2010/2011, SKOR team sesi 2011/2012, Al-Marwah Team, 14 Harmonia, Senior2 K14, Junior2 K14 yang memang terbaik, warga Kolej 14 dan semua yang banyak membantu, memberi tunjuk ajar, kasih sayang dan segalanya.. tiada apa yang lebih menggembirakan selain bersama dengan anda semua sepanjang berada di UPM. u all teach me a lot about MANY things in life. again.. Thank u, Syukran, Terima Kasih!

Biar Jauh Kita Nanti..
Biar hilang dari pandangan mata..
Biar jarak berjuta jauhnya..
Biar masa pergi meninggalkan kita..

Namun..
Apa yang pasti..

Di hati kita ada ruang kecil..
untuk sebuah kenangan yang besar..
yang kita ciptakan bersama..
untuk dikenang sepanjang masa.. :)

Biar yang pahit itu pergi dan jadikan pengajaran,
yang manis sentiasa kekal dalam kotak fikiran.

Insyallah.. Panjang umur kita bertemu lagi..





No comments: