Friday, November 1, 2013

Finally.. I'm done. Perjalanan baru bermula.

Assalamualaikummm.. Salam sejahtera..

Hai guys.. Lama tak post pape kan.. "ter" malas sikit. Haha. Just nak share dengan all the viewers yang aku dah grad! Alhamdulillah. Officially as graduan Bacelor Pentadbiran Perniagaan - Perniagaan Antarabangsa and alumni UPM.. Syukur, syukur, syukur..

Terima kasih buat ibu yang banyak memberi sokongan buat diri ini, dari kecil hinggalah dewasa. Tak terbalas segala jasamu oleh diriku. Thanks jugak sbb ibu datang konvo along

Terima kasih buat ayah n adik2 ku jua yg banyak membantu. Love uols!

Terima kasih buat rakan2 yang banyak membantu dari sem 1 sampailah sem 6.. Buat adik beradik UPM yang banyak support akak, thanks a lot. Taktau nak cakap camne. Tapi korang memang terbaikkkkk! Thanks jugak ramai2 datang konvo aritu. Terharunyeee lah. Serius guys, dorang datang ramai gila!

Thanks again ibu (maszuri chin), ayah (kamaruddin sulaiman), adik2.. Shamir, shafinaz, muzakir n kamelia..sahabat UPM yg hadir : Aza, Kda, Haikal, Shahril, Am, Yana, ariifuddin, lyena, afif, Nisa, Teha, kemal, fazwin, teya, sob, nuar, fatin, kimi, munir, cikin, akim, jiji, syaza.. Juga buat mira, bella, hani n ain yg bersama2..

Thanks buat yang tak hadir tp memberikan hadiah.. Thanks a lot syu, izati, safi, sella, mimi.. Dan terima kasih buat semua yg wish yerrr.

Buat sahabat yang bergraduat, tahniah!  Moga terus maju sahabat2ku..

Last but not least, doakan aku dapat kerja ye. Belum ada rezeki lagi nampaknya. ;-)

Lets share the moment of konvokesyen ke 37 Universiti Putra Malaysia.

Monday, August 5, 2013

Rainbow kek special ramadhan.. Heee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tup tap tup tap sekejap je ramadhan bakal meninggalkan kita.. Ramadhan ke 27. Alhamdulillah stakat ni masih penuh lagi berpuasa tu.. Hehehe.

Sebenarnya update kali nih more to nak berkongsi resipi kek rainbow pelangi yang aku buat untuk family iftar. Memandangkan ramai yang bertanya, soooo ni lah cara nak berkongsi. By the way, aku ni tak pandai nak tulis resipi sebab jarang berkongsi resipi kan.. Hope korang boleh paham lah okay..

Bahan-bahan untuk membuat kek pelangi ni senang je.

Adunan kek
1. Buttercup 250 gram /1 buku kecik tu...
2. Gula kastor 1 1/2 cawan
3. Telur 5 biji
4. Susu cair 1 1/2 cawan
5. Tepung naik sendiri 3 cawan
6. Esen vanilla 2 penutup botol.. / 2 sudu kecik
7. Pewarna pewarni.. Hahaha
8. Secubit garam..

Adunan topping / lapisan antara kek..
Aku guna whipping cream antara layer, n topping luar guna cream cheese untuk bagi kurang 'muak' dari guna cheese yang banyak. Tapi kalau nak gne semua cheese pun xde masalah..

Lapisan kek
1. Whipping cream 3 cawan
2. Gula aising 1/2 cawan
(pukul dalam kelajuan sederhana.. Jangan sampai cream tu 'pecah' dan berair. Bagi dia pekat n gebu okay!)

Topping luar
1. Cream cheese sepeket
2. Susu cair 1/2 cawan
3. Gula aising 1/2 cawan..
(pukul rata semua bahan hingga sebati)

Now, we proceed to the next steps...

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dalam 10 hingga 15 minit..
2. Ayakkan tepung dan garam and put aside first..
3. Pukul buttercup dengan gula kastor sampai betul-betul kembang.  Dah tukar ke warna cerah ke putih-putihan skit. Aku start dari slow untuk ratakan butter and gula lepas tu, terus max speed sampai kembang...
4. Dah kembang... Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata. Lepas tu, masukkan esen vanilla.. Kacau lagi.
5. Next, masukkan susu cair diselang-selikan dengan tepung yang dah diayak tadi sampai abih... Ratakan adunan...
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut warna pilihan korang. Aku buat 5 warna je. Lagi banyak lagi meriah..
7. Pastu masukkan adunan dapam loyang pembakar dan bakar dalam 15-20 minit ikut jenis oven korang. Kalau yg besar tu dia cepat lah. Bakar selapis demi selapis. .

Aku terlupa nak beli baking paper untuk lapiskan loyang tu supaya kek tak lekat kat loyang.. So, aku sapukan buttercup kat sekeliling loyang tu. Alhamdulillah tak melekat jugak..

Dah siap bakar tu pastikan korang tunggulah kek korang tu sejuk.. Baru lah boleh nak proceed to the next step. sepanjang buat kek ni, aku gunakan hand mixer je walaupun untuk menggaul.. dia cepat, dia mudah, dia senang, dia sedap.. haha.. dah macam iklan nasi himpit n ketupat dah haaa...

Kek pon dah sejuk, korang boleh lah start lekatkan lapisan demi lapisan dan buat finishing dengan whipping cream and cheese frosting tadi.. Ikut kreativiti korang ea...

Dah siap decorate? Bolehlah hidangkan kek korang ni okay.. Makan time berbuka, hi-tea and as dessert pun boleh, ikut suka korang.. Nak glamour untuk raya pun boleh.. Hehehe..

Selamat mencuba tau.. Pape tanye lah.. Aku tak pandai mana pun nak tulis resipi ni. Ni pun ikut citarasa aku je.. Kalau ada jumpa resipi lain, bolehlah korang upgrade yang mana patut ea.. Tapi seriusly, kek ni memang sedap, gebu and creamy! Haha berbanding kek yang pernah aku buat before.. Kek pelangi jugak tapi.. Tekstur dia tak cukup lembut. Alhamdulillah kek ini menjadi..

Lastly.. Selamat mencuba.. Dan.. Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf diatas salah silap dan kata-kata yang pernah dilakukan dan diungkapkan sama ada sedar atau tidak terutama sekali kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Harap korang dapat maafkan aku ye... Semoga hubungan kita terus erat selama-lamanya..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Maaf zahir dan batin!!

Jumpe lagi di entri yang akan datang.. Hati-hati bagi yang pulang ke kampung pada raya ini. Ingatlah orang yang tersayang.. Byeeeeee...

Mood : sedih kene raya kat KL lagi.. Doakan jodoh kita ngan orang ada kampung ea... *wish gedik* hahaha.

Friday, July 26, 2013

Syukur.. Syukur.. Syukur..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam sejahtera..

Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Tu yang mampu aku ucap. Tu yang mampu terluah.. Hati ni lega tak terkira.. Semuanye sebab 1 perkara. FINAL YEAR PROJECT (FYP)! By da way, untuk pengetahuan semua.. Result untuk student UPM ni baru je keluar hari ni (26 Julai 2013) .. Tahniah buat mereka yang berjaya. Teruskan berusaha buat semua adik2ku. Itulah hasil penat lelah kita satu semester berperang dengan segalanya.. Buku, aktiviti kolej, aktiviti universiti dan aktiviti berjimba. Yang tak berjaya jangan kecewa. Usaha lagi tau..

Bagi aku sendiri... Aku lega. Teramat lega dengan result exam.. Yelah, tu yang akan menentukan aku boleh grad ke tak kan... Dan Insyallah kalau takde pape hal.. Grad lah bulan oktober nanti. Serius tak sabar!. Aku rasa, untuk semua budak2 yang bergelar student tak kiralah IPTA atau IPTS, FYP tu jadi titik tolak dan debaran samada Lulus atau tak. Hasil buatan sendiri dari research sampailah jadi hardcopy kan.. Sebab tu debarannya lebih.

Kisah aku buat FYP memang parah. Sengsara dan derita ni tuhan je yang tahu. Memang banyak jugak salah aku. Buat kerja last minit, tajuk baru, takda bahan, lupa itu, lupa ini.. Macam2 lah. Dah tak daya nak ingat dah. 2 sem buat fyp. Dr proposal sampailah jadi full thesis. Nak Pengsan rasa.. By the way.. Tajuk thesis aku "1Malaysia plans increase standard of living among malaysian".. Tajuk yg tak banyak sangat bahan kajian dan juga artikel n journal. Bak kata penyelaras, aku berani mati ambil tajuk ni sebab ini benda baru. Yelah.. Pemerintahan Dato' Seri Najib pun baru je kan.. Tapi dah supervisor (sv) aku pilih tajuk ni.. Aku pun redha dan cuba sedaya upaya la.. Lagi pun tajuk ni antara tajuk suggestion aku hantar kat sv aku. :)

Bermula dengan 3 chapter untuk proposal then sambung lagi sampai habis.. Air mata ni memang banyak yang tumpah. Sampai dah nak give up. Otak ni pikir bukan-bukan. Tapi semangat tu masih ada plus dorongan mereka yang digelar 'KELUARGA' yang banyak membantu aku untuk teruskan usaha ini.  Yang aku ingat paling teruk masa nak submit full thesis. Macam2 hal jadi. SPSS problem lah, questionnaire dah edit tapi yg dah edit tu missing lah, lewat nak pegi jilid, analysis tak menjadi, laptop buat hal.. dan ada lah lagi beberapa benda luaran dan dalaman lain yang interfere bila due date dah dekat. Allahuakbar..

Pernah satu hari tu aku dengan kawan2 keluar dalam pkul 6 pagi pegi minum sebab dorang nampak how stress I am that time. Aku follow, tapi otak aku n roh macam tengah mengadap laptop. Betapa tertekannye aku masa tu. Sehari lebih lagi masa yang tinggal.. Banyak benda tak siap lagi. Jiwa tak tenteram. Seharian aku tak tidur. Kebetulan malam tu ada event wiramasli, lepas habis event tu memang aku mengadap je laptop tu. Waktu keluar tu hati aku memang tak tenteram. Risau ditahap maksimum. Macam nak meletup jantung nih. Makan minum tidur bukan benda utama. Aku teringat seseorang. 6 pagi, aku call ibu aku. Just niat macam nak sembang. Tapi as a mom, she knows everything about her daughter rite? She ask me.. Why? Ape lagi.. Tanpa ditahan-tahan air mata ni terus keluar. Aku ingat masa tu aku menyorok belakang public phone depan Maulana sri Serdang tu. Hahahaha

Satu ayat ibu yang takkan aku lupa.. "along, ibu taknak dengar along nangis-nangis macam ni.. I know u can do it. I believe on u. I always pray for u. Just take a sleep for a while then bangun, mandi, solat.. Lepas tu start again. Ibu tau anak ibu macam mana.. Ok? Boleh buat?" aku nanges lagi, sampai tak boleh bercakap. Huhu. Then, aku tarik nafas dan cakap "okay ibu.. Thank u soooo much, doakan along okay?" . As my mom advice, after take a bath and sleep.. Aku bangun dengan semangat baru untuk siapkan. Yang pastinya, my sister siap cakap lagi.. "along, kalau laptop kau tak okay, kau amik je laptop aku". How thankful I am to have sibling like her kan? Hahaha..

Since laptop aku buat perangai, kawan.. Yes! Kawan-kawan disekeliling yang membantu. Aza bagi pinjam laptop dia. Aku install spss semua dalam laptop dia. Thank u my dear.. Dia yang bawak aku ke fakulti, jumpa sv dan yang setia menunggu aku. Jasa dia memang tak terbalas. Afif, kda, din n haikal.. Advisor terbaik yang aku ada. Memang terbaik.. Afif n kda pun antara yang teman aku sampailah thesis jadi satu buku. Pegi jilid pukul 8 malam, sanggup tak makan sebab nak teman. Tunggu sampai siap semua.Terharu ada sahabat dan adik-adik yang macam ni. Susah senang memang dorang yang tolong. Terima kasih sekali lagi..  :')

Kemudian, sesi pembentangan pun taklah okay mana sebab aku kene gak hentam ngan sv sendiri. Semua presenter lain pun pelik. Sebab sv dorang backup dorang. Tapi aku, sv aku pula yang banyak tanya soalan. Hahahaha. Tapi takpe lah. Positif je. Habis je submit and sesi pembentangan, Ada sedikit kelegaan kat situ.. dan lepas tgk status kat portal pun tulis 'bergraduat' lagilah lega. sebab sebelum ni pun ada masalah dengan bahagian akademik sebab subjek major. thank u Allah..

Apa-apa pun yang jadi sepanjang bergelar student tu sebenarnya sesuatu yang indah untuk dikenang. Alhamdulillah, result pun dah keluar dan keputusannya amat melegakan. Aku tahu itu yang aku dapat sebab usaha aku. Aku bersyukur sangat. Untuk yang akan buat fyp tu.. Gud luck okay. Semoga segalanya dipermudahkan.. Insyallah kalau takde aral melintang.. Oktober nanti jumpe lah di dewan besar ye. Heeee.. Sekarang ni pun aku sibuk mengadap laptop mencari kerja. Korang doakan lah rezeki aku murah ye. Biar Dapat kerja...

Lastly, thanks guys for reading this.. Ini yang dapat dikongsikan dan gambar pun ade sikit je sebab takda mood nak bergambar masa tu... Oklah, Jumpa lagi di next entry yeee..

Babaiiiiii... :))))

Wednesday, July 24, 2013

Aku Suka Laut..

assalamualaikum.. salam sejahtera guys...

update lagi! hahahaha. kerja yang paling aku suka. by the way.. korang suka laut x? aku suka gileee.. biarlah orang cakap mandi laut nanti kulit jadi hitam ke ape ke.. aku tak kesah pun. tapi, aku kalau orang ajak aku pegi laut aku macam taknak sebab kotor pasir lah ape lah.. panas lagi satu.. tapi kalau dah sampai, dah terjun je laut.. jangan tanya bila nak naik okay. sampai kecut lah duduk dalam tu... heeeeeee

aku suka laut sebab ia menenangkan.. masa yang sesuai untuk meluahkan segalanya. taktau kenapa tapi really enjoy kalau dapat pergi pantai. tapi jangan salah faham.. kalau diberi pilihan untuk mandi-manda, aku for sure akan pilih sungai atau air terjun..
pengkalan balak : 2013
bagi aku laut dan pantai tu satu terapi yang sangat baik untuk jiwa. kalau aku tak tenang. duduk kat pantai aku bleh melayang sorang-sorang. hehe.. macam lagu Fantasia bulan madu kan.. "andai dipisah.. laut dan pantai.. musnahlah ilham.. hilang pedoman" haaaa nampak tak betapa indahnye ciptaan tuhan yang satu ini. desiran ombak, air laut, pasir.. tu semua adalah jiwa.. chewwaaahhh.. aku pernah je buat keje gila pegi tengah-tengah malam dengan kawan-kawan melepak kat Port Dickson and suasana memang best dan sangat mendamaikan.. dalam kedamaian tu semua cerita pasti akan terkeluar. sedih, happy, experience.. semua lah! haaa nampak x pantai ngan laut tu terapi.?

pengkalan balak : enjoy the life
see the life.. so calm
even tengah menulis sekarang ni pun duk bayang bestnya lah kalau dapat melepak tepi laut. tambah kalau dalam keadaan serabut. pasti sedikit sebanyak membantu untuk release stress tu kan.. kalau malam time air pasang tu pergi sambil menyembang sambil dengar ombak menghempas pantai tu.. ohhhhhhh.. memang awesome gila. aku taktau ape yang seronok sangat tapi aku memang menghargai moment macam tu..

with haikal.. Pangkor 2013
mencari gamat : pangkor 2013

ok guys maybe ada yang bersetuju.. ada jugak yang tak.. but, it's okay! ni just apa yang aku rasa je.. for me.. laut dan pantai tu memang therapies for stress and soul. hihi. yang tak pernah cuba buat terapi pantai nih boleh cuba.. ajak kengkawan ke, family ke.. terpulang.. selagi tak buat perkara bukan-bukan kat sana.. xpelah.. sambil terapi sambil menikmati keindahan alam... subhanallah..

tu je entry untuk kali ni... wishlist tahun ni yang maybe jugak carry forward untuk tahun depan.. nak pegi pusing malaysia.. tengok pantai and pulau.. Perhentian, Redang.. semualah! memang teruja gila nak pegi.. ok lah. setakat ni dulu.. Insyallah jumpa lagi yeeee..

see u all for da next entry guys. thanks for reading. luv much!! mmmmuuuuaaahhhhhh

lets enjoyy the pictures.. mih mih mih

Island Hoping : Pangkor Island 2013
see at the back. tenang....
us : Pangkor 2013

Saturday, July 20, 2013

Momento terakhir.. Seoul Garden

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam ramadhan!
Hope korang semua sihat belaka ye.. Puasa pun biar la penuhhh.. Hehe.. Btw, tajuk kat atas tuh macam epik je kan.. momento terakhir katanya.. Actually, memang pun.. Moment2 akhir sebagai Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 14 UPM... atau kitorang panggil MTM je.. We had a dinner at IOI Mall puchong kat.. Seoul Garden! Makanannye memang heaven lah. Steambot buffet. Makan lah sampai kenyang kannn.. Hehe
Majlis ni sengaja dibuat sebab nak meraikan kengkawan seangkatan yg dah berkhidmat setahun untuk kolej. Dia macam program santai-santai yang everyone take part just untuk enjoy-enjoy je and for our last gathering sebelum masing-masing membawa haluan nanti.
Majlis ni pun sebenarnya untuk menghargai diri sendiri selepas penat lelah berkhidmat sebelum majlis watikah dan perletakan jawatan kami. Kitorang pilih 22 Jun 2013 untuk gathering nih and alhamdulillah most of them dapat hadir malam tu. 8.00pm to 10.30pm.. memang hadap makanan je lah. fresh meat, frozen food, vege, dessert.. nyuuummmeeyyyhh! haha

for u guys.. thanks a lot for coming
! maybe this is not our last gathering. after this it is not so easy to meet because of our new commitment, hope this will help us to remember each other. atleast sikit pun jadilah sebagai kenangan kan. hope our friendship will last forever. mtm teach us a lot about friendship, leadership, family etc. take it as experience for future decision. will miss this team so much. mmmuuuahhhxx

remember this...

bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
hilang dimata tapi di hati tidak lupa,
berdoalah kita agar aman dan sentosa,
semoga kita bertemu lagi di lain masa..

just pictures can tell everything and remember each things with my brothers and sisters. luv ya..

till we meet again for the next entry.. bye-bye

my favorite boys.. : Joes n Hafiz. luv u!
Team MT : )
muka sedih bakpo ntah.. haha. siblings : ariifuddin n afif
cikgu fakta terbaik saya! afham.. jawapan kalau x menyakitkan hati xsah!
adik kecil saya : xlah kecil sangat. tp serius.. akak sayang kda!
half of us. we are family!
cakaplah ape pun.. kami hanya kawan.. kui kui kui. mr. pres yg d****. haha
cantik manis ummu 
abaikan makanan.. mereka teman berkongsi cerita.. aza, am n saffy

Tuesday, July 16, 2013

masa untuk berkongsi :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Salam Ramadhan al-mubarak guys.. dah seminggu lebih kita menyambut ramadhan.. alhamdulillah. semoga ramadhan korang kali ini diberkati dan bersyukurlah kita masih diberi kesempatan untuk menemui bulan yang mulia ini...

by the way, hari ni just nak berkongsi sedikit tentang jiwa, rasa, naluri, nurani n macam2 lah yang tak de kena mengena ngan mana2 orang ye.. hahaha

Btw, banyak yang berlaku sepanjang kehidupan kita, yang gembira mahupun sedih. tapi itu semua pengalaman yang mematangkan.. Kadang-kadang perkara paling sakit untuk ditelan, paling sukar dilupakan tu lah yang paling memberi kesan pada kita. Cuba ambil positif bagi sesuatu yang berlaku. Memang sukar, sakit untuk diterima, tapi we need to try. Try to be a tough person tp.. bukan heartless. Bagi aku heartless ni menyesakkan jiwa je padahal kita tak boleh nak buat-buat takde perasaan kan.. Depends jugak lah for certain people.. Kalau boleh baguslah! Hehe..

Aku pun bukan baik, bukan perfect.. Tapi aku tahu setiap yang berlaku ada hikmah. As one of my friend said dan aku memang betul-betul pegang kata ni.. "kita adalah pelakon dalam kisah ni, so.. Kita buatlah jalan ceritanya. Xde orang yang boleh ubah "  yes, kita artisnya, kita corakkan. Orang lain hanya bagi idea dalam jalan cerita, papepun kita mengarah.. So arah lah kearah yg kita nak tuju kan.. It is my thought and my feeling towards what had happen. At least bila semua tu jadi, kita kenal orang dengan lebih baik. :)

Kau pelakon,
Kau tentukan jalan cerita,
Kau perlukan pengarah?
Salah.
Pengarah perlukan engkau.
Jadi kau buat ikut acuan kau.
Orang kata salah?
Siapa mereka?
Ini cerita aku dan diri aku.
Kau? Tak tahu!

Bukan mudah nak menerima sesuatu yang menyakitkan kan? Bukan juga mudah untuk menjadi pendengar dikalangan orang yg mempunyai masalah.. Tapi, kalau kita ikhlas, insyallah.. Everything will be fine. Buat penambah garam, gula pulak.. Biarkan mereka menyedapkan main course kita (perumpamaan sangat!) hahaha. Kalau takde mereka ni, tak cukup rasa lah kannnn.. Hahaha. Kita Ni kadang-kadang tak sedar, orang yang kita rasa mampu membantu. Dia pulak yg jadi tukang tambah.tapi takpe, tak perlu takut mempercayai orang. It is a process of learning. Yang betul alhamdulillah. Yang fake? Nauzubillah..

Apa yang penting, yakin dengan diri sendiri. Orang lain tak tahu apa sebenarnya punca sesuatu itu terjadi. Hanya kita, ya kita! Dan Allah yang tahu segalanya. Move on.. Kalau manusia tak boleh terima perubahan kita, Allah itu ada. For sure kita lebih yakin dengan PENCIPTA kita.

Ok lah. Panjang lebar berkongsi cerita kan.. Ini hanya nukilan jiwa bila waktu free. Jadinya this things tiada kena mengena kepada sesiapa pun. Ini just suatu perkongsian.

See u again for da next entry... Bye2.
Happy Fasting again!

P/s : 21 days to go nak raya!!! Hahaha

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kembali..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera. Salam 1 ramadhan al-mubarak. Pejam celik sekejap je kita dah kembali kepada ramadhan. Setahun x terasa kerana kesibukan dan tiba2 kita menghampiri ramadhan.

Memang aku bersyukur kerana sekali lagi aku dipertemukan Bulan yang penuh barakah.

Upgrade iman. Tingkatkan pahala. Lipat gandakan ibadat. Insyallah ramadhan ini lebih bererti. Semoga Allah memberi rezeki kepadaku. Dapat kerja, selesaikan apa yang tidak diselesaikan lagi dan sebagainya.
Insyallah semoga pahala kita dilipat gandakan. Amin...

RAMADHAN
Hadir dengan barakah..
Hadir dengan kemanisan iman..
Hadir dengan jendela syurga terbuka..
Memberi ruang umatnya merebut pahala.

Langkah demi langkah..
Hari demi hari..
Meninggalkan diri dengan kealpaan..
Moga ramadhan hadir membawa kebangkitan..

Tingkatkan ibadah..
Tingkatkan cinta padaNya..
Peluang sama rata..
Buat insan yang sedar ianya telah tiba..
Merebut titik dan cebisan iman..
Yang dahulunya telah melayang..
Ditiup angin kehidupan..

Sinar menghampiri..
Ramadhan telah mengetuk pintu..
Memberi salam buat umat satu dunia..
Salam ramadhan al-mubarak.

Jumpa lagi di entri akan datang. Insyallah.. Bye2!

Tuesday, July 9, 2013

3 TAHUN : IT'S tooooooo SHORT! Terima KASIH Sahabat

macam seronok.. macam tak.. hmmmmm

Btw, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. panjang kan.. salam sejahtera jugak. haha.. post selepas sekian lama x berguling diatas blog. lepas kita dah tengok ape yg jadi time 2012, kita kembali ke era sekarang. cheewahhh.. macam lama benau bunyinya kan..

just finished my study. 3 tahun di UPM mengajar macam-macam perkara yg diduga dan ada yang tidak. susah nak digambarkan perasaan bila dah habis ni. yang menggembirakan of course lah sbb habis belajar kan.. yang sedih sebab meninggalkan kawan-kawan. sama macam dulu mungkin. tapi makin lama, makin biasalah. mana taknye, kalau dah hari2 jumpa, susah senang kita kongsi sama-sama mestilah berat hati nak tinggalkan kawan2.. atau lebih tepat, adik2.

kawan kadang-kadang tu bersilih ganti.. biasalah manusia kan.. kalau nak hadap sorang je, memang susah. bestfriend pun kadang2 berpisah.. apa yang penting dekat dihati. jauh mana kita pergi, as long as kita ingat dia maknanya kita takkan dan taknak lupakan dia. itu prinsip aku. takda istilah lupa kawan ke apa. cuma kalau ada yang terasa macam tu, mintak maaf lah.. :)

kenangan manis kat UPM memang takkan dilupakan. dari sem 1 sampailah sem 6 memang ramai yang aku kenal, ramai 'kawan' yang datang dalam hidup ni.. of course menambahkan lagi corak warna yang dah sedia ada menconteng layar putih kehidupan aku. (bahasa melayu tinggi ke camne ni?) hahahaha..ada coursemate, Collegemate, MTM-mate.. semua tu menjadikan hidup kat UPM lebih indah.. 

Terima Kasih buat sahabat, teman, rakan, kawan yang memenuhi ruang kosong yang ada.. Terima Kasih Adik2.. Terima Kasih Haikal Shariff, Shahril Yusup, Afham Edross, Syuhada Azman, Masilla Sahat, Nabilah Nani, Hazzarita Sharif, Rinna Syazana, Syazatul Asma Azman, Khalida Dali, Ariifuddin Abdullah, Afif Fuad, Hafiz Rashid, Joespenzal Mek, Aisyah Idris, Izzati Hamid, Hajar Don, Husna, Ain Khalid, Shikin Rahimi, Rabiatul Adawiyah, Safinah Azni, Ummu Syafiqah, Norsyahirah Azman, Suhana Patrie, Akmal Razak, Hakim Mohamed, MTM sesi 2011/2012, MTM sesi 2012/2013, MTM sesi 2013/2014, PEKASA 2012/2013, BBA batch 2010, SKOR team sesi 2010/2011, SKOR team sesi 2011/2012, Al-Marwah Team, 14 Harmonia, Senior2 K14, Junior2 K14 yang memang terbaik, warga Kolej 14 dan semua yang banyak membantu, memberi tunjuk ajar, kasih sayang dan segalanya.. tiada apa yang lebih menggembirakan selain bersama dengan anda semua sepanjang berada di UPM. u all teach me a lot about MANY things in life. again.. Thank u, Syukran, Terima Kasih!

Biar Jauh Kita Nanti..
Biar hilang dari pandangan mata..
Biar jarak berjuta jauhnya..
Biar masa pergi meninggalkan kita..

Namun..
Apa yang pasti..

Di hati kita ada ruang kecil..
untuk sebuah kenangan yang besar..
yang kita ciptakan bersama..
untuk dikenang sepanjang masa.. :)

Biar yang pahit itu pergi dan jadikan pengajaran,
yang manis sentiasa kekal dalam kotak fikiran.

Insyallah.. Panjang umur kita bertemu lagi..